Apa yang perlu tahu untuk membuka Pusat Rawatan Islam ?

Disini ada beberapa tips bagi mereka yang ingin membuka pusat rawatan Islam.


1. Jika ada meletakkan nama 'ISLAM' didalam nama pusat rawatan anda. Anda berkemungkinan akan dipanggil JAIS bagi sesi temuduga. Cth : Pusat Rawatan Islam ................ 

2. Sebuah gabungan pengamal perubatan Islam seperti GAPEMA telah diwujudkan bagi memudahkan orang merujuk terhadap mereka jika ada salah laku pengamal perubatan Islam.

3. Buat Masa ini, ada akta perubatan Islam yang telah diwujudkan, namun masih belum dikuatkuasakan lagi. Secara umumnya anda tidak perlu berdaftar sebagaimana Klinik Swasta perlu mendaftarkan Klinik Mereka.

Itu sahaja info yang dapat dikongsikan. Selamat beramal.

Ikhtiar Rawatan Demam Denggi - Ramuan Daun Betik

Akhir-akhir ini kita diberitakan bahawa kes demam denggi yang melanda di Malaysia semakin meningkat berbanding masa yang sama pada tahun lalu. Sehingga kini tiada sebarang ubat & penawar dari sudut perubatan moden.

Jika seseorang itu disahkan menghidap denggi, pesakit akan dimasukkan air garam sahaja. Ini disebabkan semasa tempoh pengeraman 1 - 7 hari, pesakit akan kehilangan air yang banyak. Tempoh kritikal pesakit ialah antara 24 - 48 jam selepas jangkitan di mana pesakit akan mengalami penurunan platlet yang begitu ketara. Kadar platlet dalam darah bagi orang normal antara 150,000 hingga 145,000.

Read more »

Siapakah Sebenarnya Ibrahim Mat Zin Raja Bomoh Sedunia

SIAPA SEBENARNYA MAHAGURU IBRAHIM MAT ZIN RAJA BOMOH GUNA BUBU BULUH BAKUL PAYUNG KELAPA UNTUK CARI PESAWAT MAS MH370 YANG HILANG PADA 8 MAC 2014
Beberapa hari belakangan ini saya yakin semua dari kita sedih dengan berita misteri kehilangan pesawat MAS MH370 yang hilang ketika dalam perjalanan ke Beijing pada awal pagi Sabtu 8 Mac yang lalu. Kerajaan dan beberapa negara telah bekerjasama dalam usaha mencari mana perginya MH370 tersebut.
Dalam pada kita menggunakan teknologi dan sains sebagai cara untuk mencari MH370 datang pula seorang bomoh yang menggelar dirinya sebagai Raja Bomoh. Raja Bomoh ini bernama Ibrahim Mat zin. Seorang bomoh yang handal katanya. Saya tertarik untuk berkongsi kepada anda semua siapakah sebenarnya Raja Bomoh Ibrahim Mat Zin ini.

Read more »

Apa itu Tapediri ?

Tentu ramai tertanya-tanya apakah sebenarnya Tapediri ini. Mungkin maklumat ini dapat membantu anda.

TAPEDIRI adalah singkatan kepada: TAqwa, PErtahanan DIri & Rawatan Islam. Tapediri diri adalah cabang ilmu kebatinan dan juga rawatan Islam.Tapediri menggunakan sepenuhnya ayat-ayat dari Al Quran. (Tiada langsung bacaan bersifat mentera atau seru).Mempelajari ilmu TAPEDIRI dangan amalan surah-surah dari Al Quran. Tiada Mentera tiada seru dan tanpa menggunakan alat seperti kemenyan, kain kuning, keris,tiada bantuan JIN atau makhluk yang sudah meninggal dan sebagainya kerna perlu diingatkan bahawa tiada satu roh pun yang boleh balik ke dunia ini.

Read more »

Video Rawatan Islam di Liga Mas, Bandar Baru Batang Kali

Video ini dirakamkan semasa perawat berada di sebuah rumah yang terletak di Liga Mas Bandar Baru Batang Kali Selangor.

Read more »

Rawatan Islam di Batang Kali dan sekitar hulu Selangor

Berikut adalah senarai perawat islam di sekitar batang kali dan hulu selangor seperti Ulu Yam Lama, Ulu Yam Bharu, Bukit beruntung, Bukit sentosa, rasa, Kuala Kubu bharu, sungai choh, Seremdah, Sungai Tua dan kawasan sewaktu dengannya.

1. Pusat Rawatan Islam Sepohon Jadi http://www.prawis.com
2.Perubatan Syifa Al-Ikhlas http://syifaikhlas.blogspot.com/
3. Riteq http://qolbuinsan.blogspot.com/2013/04/sahabat-perawat-riteq-kawasan-batang.html

Tips Untuk Bahagia Rumah Tangga

As salamu'alaikum shbt yg di hormati. Ramai sgt yg mohon tip utk bahagiakan rumahtangga. Saya postkan semula tip utk bahagiakan rumahtangga:
1.Taat perintah Allah, terutamanya menjaga solat fardhu & sunat.
2. Kenali pasangan dgn mendlm- buat apa yg dia suka & elak melakukan apa yg dia benci. Apa yg kita kenal sblm kahwin sering berbeza dgn situasi selepas kahwin.
3. Byk tolak ansur & cuba fahami pasangan-- suami fahami persepsi wanita & isteri cuba fahami persepsi lelaki. Persepsi lelaki & wanita amat berbeza!
4. Berlapang dada & boleh terima teguran pasangan. Tegurlah dgn hikmah. Puji kebaikannya sblm menegur kesilapannya! Ramai di antara kita yg tak boleh di tegur!!!
5. Sentiasa redha meredhai sbb kita tak sempurna. Suami & isteri punyai kelemahan masing2.
6. Tolong menolong-- terutamanya suami, bantulah kerja rumah.
7. Jadi jiran yg baik agar semua jiran syg kpd kita. 8. Suami usha utk tampankan diri & isteri cantikkan diri semata mata utk pasangan, baru ngam!

Read more »

Older Posts

Powered by Blogger.